Sabtu, 14 Januari 2012

BIODATA RAMLEE AWANG MURSHID

BUAT PEMBACA RAMLEE AWANG MURSHID


OK first saya Putera Shah ,nak ucapkan berbayak berterima kasih kepada kawan-kawan yang berdaftar di laman ini.shah cuma salah seorang perminat edisi novel Ramlee Awang Murshid.So kepada kawan-kawan yang mempunyai banyak edisi novel Ramlee Awang Murshid tentu amat berminat dengan keluaran terbaru edisi beliau.Di laman ini saya ini berkongsi sedikit sebanyak pengertahuan saya tentang Ramlee Awang Mushid.


RAMLEE AWANG MURSHID lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu.

Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21.

Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan sembilan buah novel. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002).


~RAMLEE AWANG MURSHID...Bagi saya seorang cukup terkenal kerana beliau adalah seorang pengarang buku-buku novelis di antara yang terkenal di malaysia.Diantara buku-buku terbaru dikarangi oleh Ramlee Awang Murshid ialah .RAYYAN FANTASI dan yg paling terbaru merangkap novelis Thiller no.1 di Malaysia ialah FIKSYEN 302.yg berunsurkan kisah pembunuhan yang susah dirungkaikan kerana mempuyai kisah-kisah yang amat susah di terima oleh akal kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan