Sabtu, 14 Januari 2012

Allah telah berfirman: "Demi masa, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh"

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Ini Adalah Ruangan Untuk Berkongsi Cerita, Pandangan dan Harapan.

Untuk kau dan aku dan di mana hala tuju kita

Nasihat kepada diri

Hidup tidak selalu indah
Langit tidak selalu cerah
Suram malam tidak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput yang lemah-lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
tak terusik dilanda badai

Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaan-Nya

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
suburkanlah sifat sabar
di dalam jiwamu

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan
-----------------------------------------------------
Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, jangan di hatiku
-----------------------------------------------------
“Wanita ibarat Epal".
Epal yang berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan dirinya menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan martabatnya begitu tinggi sehingga tiada sesiapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi mengiringi…
-----------------------------------------------------
Bersaksi diriku tiada lain hanya Kau Satu memiliki cintaku, ku serah segala kepadaMu
-----------------------------------------------------
Jangan jadikan air mata itu, air mata yang sia-sia. Menitis kerana manusia, mengalir kerana dunia.Biar dari mana asalnya, tetapkanlah ia untuk pencipta.Yakinlah pada ikatan ukhuah, bukan pada zahir nilainya.Tapi pada kiriman doa. Jangan takut ditinggalkan kerana itu lumrah insan.Yang sepi tidak semestinya benci.Jadilah diri sendiri.Ingat, berapa kali kita tersungkur, bangunlah semula.Kerana itulah yang dinilai Allah.
-----------------------------------------------------
PadaMu ada kedamaian, di ribaanMu kabahagiaan, tiada lagi rasa kesangsian di hatiku Ya Allah
-----------------------------------------------------
Kita sering mahukan hari yang cerah. Tetapi Allah lebih mengetahui hakikatnya hujan perlu diturunkan. Kita sering menginginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan. Tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar kehidupan. Kita sering menginginkan ketenangan. Hakikatnya diri penuh dengan dosa dan kejahatan. Tetapi manusia tidak dapat lari daripada kesilapan. Semua itu bukanlah suatu hukuman. Tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih beriman.
*****************************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan